Tuesday 27 August 2013

HARAM TENGOK MAJALAH MANGGA........ ???!!!


Mungkin ramai yang tidak tahu, Jabatan Mufti Kedah Darul Aman telah agak lama menfatwakan bahawa Majalah Mangga terbitan Utusan Karya sebagai haram untuk dibaca dan dilihat....



Fatwa ini diputuskan melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 yang menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”

manggaharam

Majalah Mangga yang diminati oleh ramai golongan muda menghidangkan sebahagian besarnya cerita-cerita artis tempatan.


Begitu pun, majalah ini paling popular kerana gambar-gambar sensasi yang dipaparkan dalam setiap keluaran di mana artis biasanya akan beraksi di kolam renang atau dibalut pakaian seksi. – REM RAMZI
Sumber mynewshub

No comments: