Thursday, 18 July 2013

TRAJEDI MENYAYAT HATI : MULA-MULA SELAMAT, KEMUDIAN......... PEMILIK PERSONA HITAM PJW 9537 DIMINTA SERAH DIRI..!!!

Hiasan
Seremban : Dua beranak maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 247.6, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.













Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang juga kakitangan di Majlis Perbandaran Klang (MPK), Widayati Abdol Aziz, 41, yang memandu kereta Hyundai Atos bersama tiga anak lelakinya, Mohd Shahir Mohd Yusob, 11, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15, dan Muhammad Shazwan Mohd Yusob,17, dalam perjalanan pulang dari rumah kakaknya di Melaka ke Taman Sri Kapar, Klang, Selangor.

Jurucakap polis berkata, setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu Widayati hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi lebuh raya lalu berpusing dan melintang di tengah jalan. “Muhammad Shafiq yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya.
“Manakala Widayati, Mohd Shahir dan Muhammad Shazwan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibantu orang ramai sebelum diletakkan di lorong kecemasan sementara menanti bantuan tiba,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Menurutnya, Widayati sempat menghubungi kakaknya, Kamariah Abdol Aziz, 50, yang berada di Jasin, Melaka memaklumkan kejadian itu. “Kakak mangsa tiba di tempat kejadian melihat keadaan adiknya dan turut sama dua orang awam, Ismail Na’emat, 55, dan Khairul Hasni Abd Ghani, 40, yang cuba membantu.

Gambar JPAM

“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.30 malam, datang sebuah kereta Proton Persona hitam dipandu seorang lelaki berusia 20-an dipercayai hilang kawalan dan cuba mengelak kereta Hyundai ATOS di tengah jalan dan merempuh enam mangsa di lorong kecemasan,” katanya. Kata jurucakap, akibat rempuhan itu, Widayati yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira-kira jam 12.50 pagi di wad kecemasan HTJS, manakala Kamariah dan Ismail cedera parah. “Muhammad Shazwan, Mohd Shahir dan Khairul Hasni hanya cedera ringan dan jenazah dua beranak itu dituntut keluarga sebelum dikebumikan di Jasin, Melaka,” katanya. Menurutnya, polis meminta pemandu kereta Proton Persona hitam bernombor pendaftaran PJW 9537 tampil serah diri di balai berhampiran atau gerakan memburu dijalankan.
sumber : myMetro

No comments: