Thursday, 18 July 2013

ISU BLOGGER PORNO HINA ISLAM : UMAT ISLAM NEGARA INI KECEWA 'KETEGASAN' UNDANG-UNDANG SEDIA ADA !!!


SAYA tertarik dengan sebuah berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Rabu) mengenai seorang lelaki Kristian yang menghina Islam menerusi mesej yang dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah Pakistan.

Tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah Toba Tek Singh di wilayah Punjab.

Lelaki berkenaan ditahan pada 2011 kerana menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa yang terkesan di hati saya ialah pihak pendakwa masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan keatas Sajad dan akan memfailkan semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman mati dikenakan ke atas tertuduh.

Moral berita tersebut sama dengan apa yang berlaku di negara kita yang sekarang ini menjadi kemarahan umat Islam.

Sajad, pemuda bukan Islam di Pakistan itu hina Rasulullah manakala pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee berbangsa China menghina bulan Ramadan dengan ucapan berpuasa kepada umat Islam di Malaysia sambil  'menikmati sup tulang babi'.

Kedua-duanya jelas berniat jahat menghina agama Islam dan sengaja menyakiti hati umat Islam walaupun cara dan kaedahnya berbeza.

Bezanya juga , lelaki bukan Islam di Pakistan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Alvin dan Vivian masih lagi dibiarkan bebas berkeliaran dan berseronok.

Pasangan muda itu sebelum ini pernah menggemparkan dunia laman sosial apabila memuat turun adegan porna (seks) mereka menerusi YouTube.

Perbuatan Alvin dan Vivian menghina Ramadan, bulan mulia lagi penuh keberkatan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Di Parlimen, wakil-wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah dan pembangkang turut sepakat mengutuk perbuatan tersebut dan mahu tindakan keras diambil.

Semuanya marah, kesal dan mahukan Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Pathail sendiri memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar bawah) pula menegaskan kegagalan kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai.

Manakala saya difahamkam sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Saya sendiri jadi keliru dalam hal ini kerana pasangan anak muda Cina itu masih juga bebas.

Kalau saranan dan keluhan mufti pun tidak mahu dengar, pandangan siapa lagi yang kita nak pakai?

Semua orang terutama pihak penguasa undang-undang semuanya bercakap mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pasangan tersebut, tetapi soalnya bila ?

Sehingga ke hari ini saya difahamkan masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ketika kemarahan umat Islam semakin memuncak.

Semalam menerusi laman blog ini, saya katakan bahawa jika ada orang Islam yang tidak berpuasa, masa itu juga akan dikenakan tindakan.

Tetapi dalam isu anak muda Cina ini, agak pelik walaupun media menyiarkan puluhan berita kecewa dan sakit hati orang Islam di atas perbuatan Alvin dan Vivian tetapi tidak ada apa-apa.

Justeru, apa maknanya kita marah dan kecewa dengan perbuatan 'gila' pasangan Cina itu sedangkan mereka pula ketawa sakan  kerana mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang.

Apa guna kita menjerit terlolong kononnya sakit hati apabila agama suci kita, Islam dihina sebegitu rupa sedangkan mereka yang menghinanya bebas lepas.

Menteri, wakil rakyat, tokoh korporat, ketua parti, pemandu teksi, guru sekolah, penjual kuih pasar Ramadan, mat rempit , di masjid, di surau, di pasar malam dan dirumah ketika menunggu waktu berbuka, semuanya marahkan Alvin dan Vivian.

Tetapi apa hasilnya, termasuk laporan polis yang dibuat terhadap pasangan biadab tersebut ?

Rakyat terutama umat Islam sedikit-sebanyak berasa kecewa dengan 'ketegasan'  undang-undang yang ada.

Pada saya, jika kalangan mufti dan tokoh agama negara kita sudah pun bersuara, sepatutnya Alvin dan Vivian telah dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan kerana ini bukan soal eksploitasi politik tetapi membabitkan maruah dan harga diri umat Islam.

Kes seperti ini tidak perlu lagi kepada menerima maaf dan bertolak ansur kerana jiwa dan perasaan orang Islam telah lama terluka !


Syed Ali Alhabshee
Syed Ali Alhabshee

 
Dipetik dari blog Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Bahagian Cheras

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Keadaan di Pakistan dengan perundangan yang berbeza memungkinkan setiap perlakuan yg bertentangan dengan Islam mudah diadili dan tiada banyak bangkangan. Ianya berbeza dgn Malaysia, namun dengan beberapa akta yg digubal masih boleh menangani masalah tersebut. Ini dibuktikan dengan pendakwaan terhadap Alvin dan Vivian yang menggunakan Akta dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Selain itu beliau didakwa dgn du pertuduhan dari akta hasutan 1948.


http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html