Pelakon Noniswara Baharudin, 44, hari ini sah bercerai secara taklik dengan suaminya, ahli
perniagaan Datuk Rosman Ridzwan,45, di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membayar RM10 sebagai syarat lafaz taklik.
Hakim Syarie Ummamuddin Yunus memutuskan demikian dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan cerai Noniswara yang difailkan 9 Mei lalu.
Ikatan perkahwinan yang baru lima tahun itu terkerau di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi tadi setelah kes tersebut ditangguhkan sebanyak 3 kali.
Datuk Rosman tidak pernah hadir sepanjang perbicaraan kes ini dilangsungkan. Noniswara yang ditemui oleh wartawan MalaysianDigest melahirkan rasa leganya kerana semua ini sudah berakhir.
Kata Nonis:-
Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Saya mengalirkan air mata ketika keputusan dibuat tadi.Tapi apapun, selepas ini saya tetap akan meneruskan kehidupan baru saya dan anak-anak saya. Soal tuntutan akan dibincang kemudian kerana bukan itu yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan, kebahagiaan dan kedamaian.
Semoga kehidupan Noniswara akan lebih tenang dan danai selepas ini. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan menemui pengganti yang lebih baik. Sama-samalah kita doakan.
No comments:
Post a Comment