Thursday, 11 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : BUKTI PAS AMALKAN BAI'AH....!!!



Demi kemenangan, PAS sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melakukan perkara yang di luar kawalan otak manusia. Demi meraih undi dan meyakinkan rakyat Terengganu di DUN Kuala Besut, PAS semasa mengumumkan calonnya telah membuat perkara yang menjadi persoalan bagi orang Islam.

Calon PAS di PRK Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof selepas diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon merebut kerusi tersebut telah diminta melakukan baiah (bersumpah) secara terbuka.

"Namun, saya diwakilkan malam ini untuk meminta Azlan berbaiah yang disaksikan umum.

Sebelum ini ahli dan calon PAS telah diminta berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama. Tetapi, pada malam ini calon PAS di PRK Kuala Besut diminta untuk berbaiah di khalayak umum.

Langkah di luar kelaziman itu dilakukan Azlan @ Endot Yusof, yang diharap dapat dikuasai bagi memberi harapan kepada parti berkenaan kembali mentadbir negeri Terengganu.

Azlan, 48, yang merupakan ahli perniagaan akan menentang calon Barisan Nasional (BN) yang merupakan bekas jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, dalam PRK tersebut.

Sementara itu, lafaz baiah tersebut berbunyi:

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."

Dengan terlaksana baiah di hadapan khalayak awam, nampak sangat sekarang ini Majlis Syura Ulama sudah tidak lagi berfungsi dan peranannya dipertikaikan. SUMBER

No comments: