Maka kini baru lah Pakatan Rakyat yang mana majoritinya Umat Islam yang mengucapkan syahadah dan berkiblatkan Baitullah berpuas hati dengan kemasukan atau campurtangan pihak Vatican City didalam Isu Kalimah Allah yang diumumkan oleh Pendita Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa Kalimah Allah bukan Hak umat islam didalam youtube satu ketika dahulu.
Baru beberapa hari umat Islam di negara ini melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-4, kita dikejutkan dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican di Malaysia yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah”.
Uskup Agung Joseph Marino dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan Haram sebelum ini.
Wah! Wakil Vatican sudah bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan “Mursyidul Am” Pakatan Haram yang sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung pula?
BACA SETERUSNYA .... di sini
No comments:
Post a Comment