Oleh : Imran Haaz.
Bila saya bercakap mengenai Pulau Pinang sebagai microcosm masa depan Malaysia, ramai yang mencebik. Bila saya menulis bahawa hak-hak umat Islam serta kedudukan status quo kedudukan Islam sebagai agama negara apatah lagi negeri sedang dihakis dengan pantas, ramai pula yang cuba menjadi jaguh mempertahankan daulah sang khalifah yang dipuja-puji siang dan malam sehingga basah mimpi-mimpi mereka jika dapat bertemu klon rosak Umar Abd. Aziz.
Ada pula di antara mereka dengan hanya melancong sehari dua ke Pulau Pinang, ia sudah cukup untuk mereka mengetahui segalanya tentang Pulau Pinang semenjak zaman purbawala. Islam menurut pemerhatian sehari dua mereka, tidak terjejas di Pulau Pinang malah semakin tinggi. Entahlah, jika dicarut-carutkan serta dikasut-kasutkan mereka di sini, kurang pula rasanya pahala puasa. Biarlah.
Pujalah dia sampai dia menjelma setiap malam di dalam mimpi-mimpi indah. Peluklah dia dengan erat dan penuh kasih sayang. Jangan lepaskan dia. Bawalah dia bersama ke mana sahaja di dalam ingatan. Kelak, bila terhumban ke longkang di masa depan yang tidak berapa panjang nanti, sekurangnya pernah merasa bertemu dan berteduh kasih dengan sang 'khalipah'.
Terbaru, di dalam bulan Ramadhan yang mulia, umat Islam di Pulau Pinang diuji sekali lagi dengan pencabulan ke atas hak beragama mereka. Salah seorang exco kerajaan negeri telah melantik seorang lelaki Islam yang berpewatakan ‘mak nyah’ , sebagai salah seorang setiausahanya.
Ia berikutan cadangan Jawatankuasa mengenai isu-isu transeksual dipersetujui ditubuhkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Pertama, ingin saya tegaskan di sini bahawa, saya tidak menentang sekiranya hasrat untuk mendekati golongan transeksual tersebut dilakukan bagi tujuan membimbing semula mereka ke pangkal jalan.
Beberapa program anjuran JAKIM seperti program mukhayyam untuk membimbing semula, membantu golongan ini membuat penyesuaian diri semula ke dalam masyarakat serta membantu kebajikan mereka-mereka yang mahu melakukan perubahan ke arah jalan yang benar, amatlah disokong.
No comments:
Post a Comment