Tuesday 23 July 2013

KETABAHAN UMAT ISLAM DI SWEDEN BERPUASA 24 JAM SELAMA SEBULAN....!!!!!!!!!!!


Kadang-kala terfikir bagaimana keadaan sambutan Ramadan di sebuah kawasan yang mana matahari tidak terbenam selama 24 jam, khususnya dalam musim panas.
Walaupun pelik tetapi hakikatnya situasi berkenaan benar adalah berlaku dalam kalangan umat Islam di Utara Sweden dengan matahari tidak terbenam selama sebulan.
Keadaan itu amat mencabar bagi mereka kerana istilah berpuasa daripada segi syariat ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga selain perbuatan membatalkannya bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Bagi umat Islam Sweden, berpuasa dalam musim panas di mana matahari tidak terbenam selama sebulan adalah satu kewajipan yang tiada kompromi.
Bagaimanapun, terdapat para ulama berpendapat bahawa umat Islam Sweden boleh mengikut waktu berbuka dan sahur Mekah atau Madinah, selain terdapat hujah lain mengatakan mengikut masa mana-mana negara Islam berdekatan.
Sebaliknya pendapat lain mengatakan mereka terpaksa mengikut zon masa Sweden.
Walaupun pelbagai pendapat diberikan, umat Islam Sweden berjumlah 200,000 orang itu wajib menunaikan ibadah puasa kerana itu merupakan salah satu Rukun Islam. SUMBER

Di Malaysia.... waktu berpuasa lebih kurang tidak sampai 15 jam....tu pun ramai umat Islam yang WAJITB BERPUASA TIDAK BERPUASA DENGAN SENGAJA!!! MALAH ADA JUGA TONGGANG ARAK WALAUPUN DI BULAN RAMADHAN...... Malaun weyyyy! Memang le kubur masing-masing.... tapi kalau dh nama orang Islam kene le tunaikan Rukun Islam tu.... 5 perkara je..xkan x mampu kot!!!! Puasa bulan Ramadhan tu..sebulan je weyyy!!! Bukan tak makan langsung pun...!!!! Gamaknya kalau kat Malaysia ni macam kat Utara Sweden tu... tak tau le apa jd pada malaun-malaun sume tu ekkk....!!!

No comments: