Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Saujana Utama, Major Hardeep Singh, berkata tiada keputusan untuk memindah Nazir ke sekolah lain kerana ia hanya akan memanjangkan kontroversi itu.
"Guru besar akan kembali pada Selasa dan tiada laporan setakat yang kita tahu, Nasir dipindah. Tidak ada. Jadi, kita anggap beliau akan datang sekolah pada Selasa ini," katanya.
Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff turut mengesahkan Nasir kembali ke sekolah berkenaan tetapi tidak pasti sama ada wujud kemungkinan guru besar itu ditukar sekolah.
"Suasana di sekolah juga semakin tenang dan kita harap ia berlanjutan begitu," katanya yang merancang mengadakan dialog bersama keluarga murid bagi mengatasi kontroversi 'makan di bilik mandi'.
"Kita tidak mahu kontroversi. Lantaran kontroversi kian kendur, kita
mahu memastikan semua isu selesai," katanya.
Kejadian murid bukan Islam 'makan di bilik mandi' ketika Ramadan tersebar luas dan menjadi isu hangat minggu lalu selepas gambar murid dikenali sebagai Guneswari Kelly dikirim ke Facebook.
Berikutan itu, Nasir menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak termasuk agamawan dan pemimpin pembangkang walaupun memberi alasan ia berlaku disebabkan kerja pembaikpulihan kantin. sumber
No comments:
Post a Comment