Thursday 25 July 2013

BEGITULAH.....AKHIRNYA BLOGGER PORNO BERJAYA DIIKAT JAMIN.....



Penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibenarkan ikat jamin sejumlah RM30,000 tiap seorang dengan dua penjamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Alvin dan Vivian masing-masing menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikatjamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk menahan pasport mereka.

Mahkamah juga melarang kedua-duanya daripada memuat naik bahan-bahan atau mempunyai akses kepada peranti rangkaian pintar untuk memuat naik bahan-bahan yang sensitiviti di segi agama dan kaum.



Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.

Hari ini, mahkamah yang mendengarkan permohonan mereka itu, membenarkan dan kedua-duanya diikat jamin.

No comments: