PETALING JAYA : Syarikat pengusaha bas ekspres mahu menaikkan tambang mereka sebanyak 30% dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga mereka mendapat pengesahan kerajaan mengenai kenaikan tambang.
Langkah itu sekiranya dipersetujui akan menyaksikan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Baru berharga kira-kira RM40 berbanding kebiasaannya RM31.10 (Transnasional).
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata syarikat bas ekspres telah bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada akhir bulan lalu berhubung kenaikan tambang bas.
Antara alasan yang dikemukakan ialah kos menyeluruh telah meningkat sebanyak 36% sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini memberi kesukaran kepada syarikat bas ekspres untuk beroperasi.
Ashfar berkata, walaupun SPAD telah mendengar rungutan mereka, keputusan mengenai kenaikan tambang bas masih belum diputuskan.
Menurutnya, jika pengusaha bas menjual tiket untuk tempoh dua bulan lebih awal, ia akan memberi kerugian besar sekiranya kadar kenaikan tambang dipersetujui.
"Jika kami menjual tiket sekarang, kami akan kerugian 30% sebaik saja kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas," katanya.
Ketika ditanya mengenai tahap keyakinan beliau sekiranya tambang bas dinaikkan, Ashfar berkata pegawai SPAD memahami kedudukan pengusaha bas ekspres dan bersikap realistik.
Syarikat bas ekspes, katanya, akan terus memberi tekanan sekiranya tambang bas tidak dinaikkan.
"Kami akan mengalami kerugian dan orang ramai tidak akan mempunyai insentif untuk menyediakan perkhidmatan tambahan," katanya.
Sebagai pendekatan sementara, Ashfar mencadangkan kepada SPAD untuk meningkatkan tambang bas sebanyak 30% pada musim perayaan.
Sebuah syarikat pengusaha bas ekspres yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pendekatan syarikat tersebut untuk tidak menjual tiket dua bulan lebih awal bergantung kepada keputusan SPAD berhubung kenaikan tambang.
"Ia akan menjadi lebih mahal untuk mengendalikan bas pada Hari Raya - kami menghantar penumpang ke kampung halaman tetapi kami mungkin ketiadaan penumpang dalam perjalanan semula ke destinasi asal. Kesesakan lalu lintas turut meningkat.
"Segalanya naik. Bas kami dan juga alat ganti.
"Gaji minimum bermaksud kami harus membayar lebih untuk kerja lebih masa, tetapi tiada siapa melihat kadar tambang bas," katanya. - mStar
*** Tambang nak naik aja??? Keselesaan penumpang....servis yang ditawarkan.... macam mana?
2 comments:
Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.
Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.
Terima kasih buat admin!
Terima kasih untuk pengunjung malaysia bus yang telah meninggalkan komen di sini. Info menarik dan sgt berguna untuk pengguna yang selalu menggunakan perkhidmatan bas untuk ke destinasi masing-masing.
Post a Comment