Friday 21 June 2013

ROSSA TERPAKSA DEDAH AURAT KERANA PATUH KONTRAK

Rossa buka tudung bersebab
Anggun.... Rossa bertudung selepas bergelar hajjah.

Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya.

Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat.
Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung.
"Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu. 
"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya kepada Berita Harian.
Walaupun kembali membuka tudung, Rossa berkata, dia tetap menjaga penampilannya supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah.
"Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan."

No comments: