Thursday, 20 June 2013

KENAIKAN 44% HARGA PETROL BERKUATKUASA SABTU INI...... SALAH UMNO..???

Menteri Industri sendiri yang menyatakan bahawa esok beliau akan mengumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak 44% dan diesel sebanyak 22%...... 



BACA SETERUSNYA......


Kenaikan harga minyak di Indonesia akan berkuatkuasa Sabtu ini.
Perkara itu disahkan Menteri Industri, M.S Hidayat.
Menurut Hidayat, pengumuman akan dibuat esok dan penguatkuasaan akan dijalankan keesokan harinya.
Pelan yang diluluskan oleh Parlimen awal minggu ini bertujuan mengurangkan beban subsidi minyak yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Ia bakal menyaksikan peningkatan 44 peratus bagi harga petrol dan 22 peratus, diesel.
Gabenor Bank Pusat Indonesia, Agus Martowardojo menjangkakan, kadar inflasi akan meningkat dua peratus bulan ini, kesan kenaikan harga minyak.
Kesan itu akan kembali neutral menjelang September atau Oktober ini.
Kenaikan harga minyak juga memberi risiko politik kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Sokongan terhadap parti pemerintah juga jatuh mendadak berikutan beberapa skandal rasuah.

Admin - Apa ke jadahnya nak salahkan UMNO, bukan di Malaysia la beb !!!

No comments: