Sunday 9 June 2013

AL-FATIHAH : SENIWATI LATIFAH OMAR KEMBALI KE RAHMATULLAH



Beberapa hari lepas, Pak Sudin telah meninggalkan kita. Kira-kira 6.30 petang tadi, seniwati Latifah Omar juga disahkan telah meninggal dunia. Beliau yang berusia 74 tahun meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus.


Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

“Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman.... Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan rakan taulan..

No comments: