Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan hari ini mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.
Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.
Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.
"Saya dan rakan-rakan diugut akan diturunkan gred tugasan sekiranya tidak melibatkan diri dalam kempen parti politik berkenaan. Selain itu pensyarah tersebut turut meminta kami mengumpul duit daripada pelajar bagi membeli dua tabloid parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, dekat sini.
Pelajar-pelajar kursus pendidikan itu turut menyerahkan kepada polis dan wartawan salinan video cakera padat sebagai bahan bukti dakwaan mereka.
Wakil pelajar itu berkata akibat ugutan pensyarah itu, beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan dilema kerana bimbang digagalkan oleh pensyarah berkenaan sekiranya tidak melakukan seperti apa yang dikehendaki.
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata kementerian itu memandang serius dakwaan mengenai ugutan tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan.
"Saya akan meminta mereka memberi bahan bukti dan saya memberi jaminan bahawa mahasiswa berkenaan akan dilindungi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata dakwaan itu akan segera disiasat.
Sumber: mymahasiswa
No comments:
Post a Comment