Bak cacing kerawit kepanasan, PKR bertindak menjemput Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyampaikan ceramah bertujuan menyelamatkan tengkuk calon DUN N30 PKR, Dr. Mohd Nasir Hashim.
Dr. Mohd Nasir ditentang oleh calon PAS, Ridzuan Ismail walhal kedua calon bernaung di bawah payung Pakatan Rakyat.
Maka kira-kira jam 10 malam tadi, Mustafa mula berceramah. Seperti saya jangkakan sejak dari awal, dia mewar-warkan berita kononnya PR akan berjaya menawan 6 negeri di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum, PRU ke 13.
"Johor susah sedikit tetapi kalau mengikut kaji selidik dijalankan, Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR sebab itu Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin gentar," ujarnya.
Jika Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin didakwa gentar oleh Mustafa, pembaca perlu tahu, Dr. Nasir LEBIH gentar dan goyah.
Dia BUKAN Wakil Rakyat harapan rakyat.
"Saya masih ingat lagi, sewaktu penduduk ingin membuka tanah perkuburan baru untuk orang Islam di Kota Damansara, Dr. Nasir seorang daripada mereka membantah. Dia juga bersikap sombong dan angkuh. Inikah calon ingin kita pilih sebagai Wakil Rakyat?," soal Mat Rimau, nama jolokan penceramah untuk calon Bebas, Halmi Omar.
"Tidaaaaaaaaaak," teriak audien.
Di pentas ceramah PKR, Dr. Nasir duduk di sebelah penceramah kedua. Biarpun wajahnya kelihatan agak tenang namun saya percaya jiwanya bergolak. Dr. Mohd Nasir pasti dapat menjangka, dia bakal kecundang pada PRU ke 13 kelak.
Kurang 5 minit sebelum menamatkan ucapan, Mustafa secara bangga mengumumkan arahan sekaligus membuat Dr. Mohd Nasir tersenyum sampai ke telinga.
"PKR telah memenangi kerusi DUN N39 sebelum ini, pada PRU ke 12. Jadi calon PKR, Dr. Mohd Nasir harus bertanding di PRU ke 13. Saya tahu mungkin sebilangan ahli PAS Subang tidak bersetuju tetapi itu keputusan saya," kata Mustafa.
Tiba-tiba seorang lelaki dari kiri pentas mengajukan soalan kepada Mustafa.
"Apakah pendirian PAS berhubung PSM?"
"Tunggu sekejap?," balas Mustafa sebelum meneruskan ceramahnya.
Berikutan tindakan lelaki sama masih menagih jawaban, tiba-tiba dia diherdik oleh penceramah duduk di pentas, tidak mampu menahan kesabaran.
"Kurang ajar!"
"Tidak mengapa," celah Mustafa tenang.
Sama tenang tatkala dia menyarungkan seluar dalam putih di atas katil....kah! kah! kah!
Insiden berlaku di hadapan saya bak adengan drama. Pantas saya bergerak menghampiri pentas utama.
Kira-kira jam 10.58 malan, kira-kira 30 penyokong PAS membawa 2 sepanduk kain dan bergerak menghampiri pentas.
Berlaku pertikaman lidah di antara kumpulan itu dengan individu mengaku penyokong PKR. Sepatutnya penyokong PKR tidak perlu naik angin. Bukankah selama ini parti terbabit melaung-laungkan hak kebebasan bersuara?
APAKAH YANG TERJADI SETERUSNYA....???
BACA SETERUSNYA DENGAN LEBIH DETAIL BERSERTA GAMBAR-GAMBAR MENARIK BERKAITAN INSIDEN YANG BERLAKU .... DI SINI
Admin tertarik dengan ayat terakhir di artikel tersebut : I am a blogger and a proud one to report the truth. Terbaekkk lahh!!!
No comments:
Post a Comment