Monday, 13 May 2013

SEBENARNYA...... DAP YANG MAHU TAWAN PUTRAJAYA...???



Sungguh pun UMNO parti yang berteraskan orang Melayu tetapi sejak dari mula lagi UMNO akur kewujudan kaum-kaum lain di negara ini. Justru UMNO bersama MCA dan MIC menubuhkan satu pakatan politik antara kaum-kaum yang dinamakan PERIKATAN.

Tujuan utama Perikatan ditubuhkan adalah untuk berkongsi kuasa dan berkerjasama dalam pentadbiran negara ini. Justru setiap kebajikan dan kepentingan semua kaum hendaklah diambil kira dan masing-masing diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC.

Dengan kerjasama yang jitu dan gabungan tenaga yang padu, UMNO, MCA dan MIC telah berjaya mengubal satu Perlembagaan yang mengiktiraf hak keistimewaan kaum masing-masing. Sebagai mewakli kaum pribumi di negara ini, UMNO terpaksa mengambil kira kedudukan ekonomi orang Melayu yang pada waktu itu bersedia menerima kedatangan kaum-kaum lain untuk berkongsi negara ini dengan mereka. UMNO juga perlu memastikan ekonomi orang Melayu tidak terpinggir dengan kebanjiran kaum-kaum pendatang ini kerana bimbang orang Melayu jadi daif di negara mereka sendiri.



Manakala Kaum Cina dan India pula begitu bimbang dengan pengaruh politik negara-negara jiran (seperti Indonesia dan Thailand) yang waktu itu lebih mengutamakan perpaduan nasional melalui proses asimilasi berteraskan kaum pribumi di negara berkenaan. Justru mereka menuntut hak keistimewaan mereka dalam mengekalkan identiti kaum mereka diberi jaminan. Justru jaminan dalam pendidikan vernakular, bahasa, budaya dan agama mereka terus dikekakan hinggalah ke hari ini.

Inilah persefahaman yang sudah disepakati antara UMNO, MCA dan MIC. Walau bagaimana pun, dalam waktu yang sama UMNO terpaksa menghadapi tentangan dari dalam UMNO itu sendiri. Sebahagian besar gulungan ulama yang berada didalam UMNO tidak bersetuju dengan pemaufakatan antara kaum ini. Mereka anggap persefahaman yang dicapai itu hanya menghalang Tanah Melayu daripada menjadi sebuah Negara Islam.

PRESIDEN SUKARNO
                                                   
Justru mereka mengambil keputusan keluar dari UMNO dengan menubuhkan parti baru yang bernama PAS atau Parti Islam SeMalaya. PAS ketika itu membantah keras Perlembagaan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dianggap mereka sebagai Perlembagaan Kafir.

Namun demikian rakyat Tanah Melayu waktu itu tetap menyokong kuat kesepakatan yang sudah dicapai oleh pemimpin Perikatan dan PAS pula hanya disokong oleh di negeri-negeri di Utara Semenanjung saja. Ini menunjukkan Perikatan bukanlah parti yang rasis yang hanya mengutamakan kepentingan satu kaum atau kepentingan satu agama saja. UMNO masih mempertahankan Islam tetapi dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada agama-agama lain diamalkan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.



Bagaimana pun Perikatan sekali lagi menghadapi ancaman baru apabila Lee Kwan Yew cuba membawa masuk ideologi beliau ke Malaya untuk menyayingi Perikatan khususnya MCA. Tujuan slogan “Malaysian Malaysia” PAP Lee Kwan Yew pada mulanya adalah hendak menarik sokongan kaum Cina yang lebih tertumpu di Negeri-Negeri Selat yakni Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

Lee Kwan Yew tahu kaum bukan Melayu tidak ada halangan untuk jadi Ketua Menteri di Negeri-Negeri Selat ini berbanding Negeri-Negeri yang mempunyai Sultan. Justru Negeri-Negeri Selat ini dijadikan sasaran politik Lee Kwan Yew walau pun pada awalnya beliau berjanji tidak akan membawa pengaruh PAP ke dalam Malaya.

Akhirnya Tunku mengambil keputusan menyinkirkan Singapura kerana bimbang ianya akan menggugat perpaduan kaum di Malaysia. Presiden MCA pada waktu itu Tun Tan Siew Seng sendiri mengalu-ngalukan tindakan Tunku kerana beliau sendiri sudah menghidu tindakan Lee Kwan Yew itu cuma mahu merosakkan perpaduan kaum terutama kaum Cina yang ketika itu menjadi penyokong kuat kepada MCA.
Bagaimana sisa-sisa parti PAP Lee Kwan Yew itu masih diteruskan melalui DAP yang mengambil-alih tempat PAP. Kewujudan PAP di Malaysia dibatalkan berikutan daripada penyinkiran Singapura daripada Malaysia


Bagi DAP mereka tidak ada halangan untuk memainkan isu-isu perkauman terutama mengugkit hak keistimewaan orang Melayu untuk menyakiti hati kaum Cina. Sebelum ini orang Melayu tidak pernah cemburu dengan kekayaan orang Cina. Bagaimana pun orang Melayu jadi tersentak bila mereka menyedari kuasa politik mereka mula tergugat hasil keputusan PRU pada tahun 1969.

Untuk mengelakan rusuhan kaum 1969 daripada berulang, UMNO mencadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi ekonomi semua kaum di negara ini diwujudkan. UMNO tidak mahu orang Melayu rasa cemburu dengan kekayaan kaum Cina, justru orang Melayu perlu dilatih dan dibantu supaya mereka tidak lagi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi.

MCA dan MIC juga menyokong usaha UMNO ini kerana mereka juga tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang lagi. Bagaimana pun DAP terus mentomahkan MCA sebagai menuruti telunjuk UMNO. DAP mendakwa MCA dikuasai oleh towkei-towkei Cina yang tidak mendekati denyut-nadi gulungan Cina yang miskin. Akhirnya DAP berjaya mencipta persepsi buruk terhadap MCA sehingga orang Cina percaya yang MCA adalah ‘Pak Turut’ kepada UMNO



Segala sumbangan MCA kepada kaum Cina terutama dalam mempertabatkan sekolah Cina sudah tidak diendahkan lagi. Kaum Cina begitu percaya kerajaan baru akan ditubuhkan dibawah pimpinan Anwar Ibrahim yang dipilih khusus oleh DAP selepas PRU 13 ini nanti. Kepercayaan kaum Cina ini jadi bertambah kuat memandangkan orang Melayu PAS dan PKR turut menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

Jadi apakah benar UMNO, MCA dan MIC bersikap rasis berbanding DAP, PAS dan PKR?? UMNO tidak pernah menyentuh hak mana-mana kaum begitu juga MCA dan MIC tidak pernah mengungkit hak keistimewaan orang Melayu. Malangnya sebahagian besar pengundi Cina percaya bahawa UMNO, MCA dan MIC adalah rasis. Mereka lebih percaya tomahan dan fitnah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap BN.

Hari ini semua parti-parti yang didominasikan kaum Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan hampir pupus akibat isu-isu perkauman yng dimainkan oleh DAP dan Pembagkang yang lain. Apakah kaum Cina khususnya dan orang Melayu amnya masih tidak mahu mengambil iktibar daripada perbuatan parti-parti pembangkang ini???


Oleh  :  Nordin KCD

No comments: