Saturday 25 May 2013

RONNIE LIU HADIR FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA UNTUK UBAT HATI YANG LUKA....???



Kelibat bekas exco Pakatan Selangor, Ronnie Liu di Festival Belia Putrajaya 2013 telah menimbulkan banyak persoalan. Ramai yang berpendapat, Ronnie Liu hadir hanyalah semata-mata untuk memberikan sokongan kepada program anjuran kerajaan.

Ada juga yang berpandangan sinis bahawa kehadiran orang kuat DAP Selangor itu hanyalah semata-mata kerana mahu melepaskan rindu dendam akibat dari kegagalan Pakatan menawan Putrajaya.

Namun yang paling melucukan, ada juga yang beranggapan bahawa Ronnie Liu hadir ke Festival Belia Putrajaya ini adalah diatas jemputan Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Khairy Jamaluddin.

Walau apapun pandangan yang dilemparkan terhadap kehadiran wakil DAP di Festival anjuran Kerajaan ini, ia sebenarnya membuktikan bahawa Festival Belia Putrajaya 2013 telah berjaya menarik minat pelbagai pihak.

Ronnie Liu sendiri tanpa segan silu meramaikan program kerajaan.., itu belum lagi dikira penyokong Pakatan yang hadir tanpa sebarang lambang parti..

Apapun.., Festival Belia Putrajaya 2013 harus disokong kerana ia adalah untuk generasi masa depan Malaysia.

No comments: