Monday 6 May 2013

#PRU13 : TERBUKTI !! RAKYAT PERAK MAHUKAN DS DR ZAMBRY KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR..!!!


PEMBANGKANG PERAK PERLU HORMATI KEPUTUSAN PRU 13

Pihak pembangkang perlu mengotakan janjinya untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) selepas meraih 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. 

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam sidang DUN terakhir, Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham ada menyebut pihaknya akan menghormati keputusan rakyat sekiranya BN dipilih semula untuk membentuk kerajaan dan sebaliknya jika Pakatan Rakyat (PR) pula menang. 

Bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan kemenangan BN di kediaman rasmi Menteri Besar, sebentar tadi, Zambry berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerja keras jentera parti sejak empat tahun yang lalu. 

Kemenangan itu juga katanya, akan menjadi pendorong kepada BN untuk bekerja lebih kuat dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Ditanya mengenai pola kemenangan BN yang tertumpu di kawasan majoriti pengundi Melayu, Zambry mengakui parti itu menang di kebanyakan kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. 

BN menang di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu tetapi tewas di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi Cina, katanya sambil menegaskan pihaknya akan membuat analisis dalam tempoh terdekat berkaitan pola pengundian berkenaan. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN Perak juga akan melaksanakan pencarian semula dalam konteks politik negara yang berteraskan kepada konsep kesederhaan atau juga dikenali sebagai wassatiyyah. 

Mengulas mengenai kekalahan tiga kerusi Parlimen iaitu Taiping, Lumut dan Kampar, beliau berkata, faktor undi Cina menjadi punca kepada kekalahan BN di ketiga-tiga kerusi berkenaan. 

Sebagai contoh, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha tewas dengan majoriti tinggi di DUN Sitiawan sedangkan di DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor tidak begitu ketara. 

Undi di Pangkor dan Pasir Panjang tidak mampu menampung undi yang diberi pengundi Sitiawan, sekaligus menjadi punca kekalahan beliau kali ini, jelasnya lagi.

Sumber: Perak Today 

No comments: