Monday 6 May 2013

DATUK AHMAD YAKOB MB KELANTAN YANG BARU


Kelantan mendapat Menteri Besar baru selepas 23 tahun apabila Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V petang ini.

Baginda dijangka turut memperkenan perlantikan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan.
Sementara itu, bekas Exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa tidak tersenarai sebagai Ahli Exco Kerajaan Pas Kelantan untuk penggal ini.
Ketiadaan beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dalam senarai tersebut agak mengejutkan kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini pernah menyatakan bahawa Husam adalah antara pemimpin kesayangannya.
Husam sebelum ini menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan sebelum DUN Kelantan dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13.

No comments: