Wednesday 8 May 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP 'APA LAGI CINA MAHU'


Dua laporan polis dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel bertajuk Apa lagi Cina mahu? yang didakwa berbaur hasutan hari ini.



Kedua-dua laporan tersebut dibuat di Balai Polis Travers, Bangsar di sini oleh masing-masing seorang pengurus dan peguam.

Laporan pertama dibuat oleh seorang pengurus, Chok Ying San, 39, yang beralamat di Bukit Kiara di sini.

Pengadu menyifatkan artikel itu cuba membakar sentimen perkauman dan permusuhan kaum di negara ini dan meminta agar siasatan dijalankan terhadap akhbar berkenaan.

Pengadu kedua pula ialah seorang peguam, Sin Yoong Ming, 43, yang beralamat di Pelabuhan Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan sudah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

"Polis sudah membuka kertas siasatan dan menyiasat lanjut aduan tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu? yang mempersoalkan kenapa masyarakat Cina di negara ini tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun mereka diberi layanan begitu istimewa oleh kerajaan BN.

Apakah itu dikira perkauman? sedangkan Malaysiakini, China Press,  terang-terang menghentam orang Melayu tidak pula dikatakan perkauman.

SUMBER KLIK SINI

No comments: