Wednesday 8 May 2013

ANALISIS PRU13 : SUARA HATI PENGUNDI CINA



PRU13 menyaksikan 'tsunami politik kaum Cina' sekaligus memberi kelebihan kepada DAP merangkul sejumlah 38 kerusi Parlimen mengatasi bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PKR dan PAS. 


DAP amat ketara sebagai sebuah parti "rasis" malah mempunyai agenda tersembunyi yang bukan Cina tidak menyedarinya. Tsunami ini turut mengakibatkan calon MCA dan Gerakan tewas dengan teruk. Kekalahan MCA dan Gerakan dianggap faktor penyumbang kepada kemerosotan bilangan kerusi Parlimen BN daripada 140 kerusi (PRU12) kepada 133 kerusi. 

Kaum Cina perlu sedar bahawa tanpa sokongan padu mereka pun belum mampu untuk menumbangkan BN kerana kekuatan pengundi Melayu/Bumiputra dan India kekal menjadi teras kepada kesinambungan kuasa BN bagi membentuk Kerajaan Pusat.Apa yang mengecewakan......majoriti pengundi kaum Cina tidak tahu mengenang jasa dan budi kerajaan!!!??? 

Majoriti pengundi Cina kekal cenderung kepada propaganda DAP yang mempunyai impian untuk "berkuasa" sepenuhnya pada PRU14 (tahun 2017) dan PRU15 (tahun 2021) akan datang bagi melenyapkan kuasa politik Melayu. Propaganda perkauman DAP disifatkan sebagai ancaman kepada kemakmuran dan keselamatan negara. 

Sesuatu perlu dilakukan bagi meneutralisasikan "ancaman" ini agar ianya tidak menjadi barah di kalangan rakyat yang boleh menggugat ketenteraman awam. Akan berulangkah Tragedi 13 Mei??? MatMerapu yakin bahawa kerajaan pimpinan BN mampu menangani perkara ini dengan cekap dan berkesan kerana agensi keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang dimensi ancaman. 

Tsunami politik kaum Cina sebenarnya membawa kerugian besar kepada mereka, denyut nadi kaum Cina kini hanya dapat bergantung kepada DAP yang dilihat tidak mampu untuk memenuhi kehendak kaum Cina. DAP hanya inginkan kuasa sebagai keutamaan mereka......yang selebihnya tidak dipedulikan mereka termasuk membela nasib masa depan kaum Cina. 

Kaum Cina juga perlu sedar bahawa "suara Cina" dalam kerajaan juga semakin bisu kerana MCA dan Gerakan sudah pun memutuskan untuk tidak menuntut apa-apa jawatan dalam Kabinet. Pusat Khidmat MCA di Alor Setar pun telah ditutup selama sebulan bagi menzahirkan kekecewaan MCA terhadap kaum Cina. Kaum Cina kini hanya boleh mengadu nasib kepada DAP yang langsung tidak mempunyai suara dalam kerajaan kecuali Kerajaan Pulau Pinang. 

Hakikatnya, pengundi kaum Cina perlu renung dan menilai kembali kecenderungan sokongan mereka........mereka hendaklah kembali ke pangkuan MCA dan Gerakan dalam siri pilihan raya akan datang!!! 

Kesimpulannya, majoriti kaum Cina kini berada dalam kerugian akibat memberi sokongan kepada DAP - satu pilihan yang tidak tepat!!! sumber

No comments: