Pada 29 Mei lalu, Safwan Anang menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik. Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), 13 Mei lalu. Baru dua hari dipenjarakan sudah tidak tahan. Hari ini, lebih kurang pukul 10.20 pagi, beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.
Ingatkan anak jantan. Dulu berdegar-degar tidak mahu diikat jamin. Hendak menjadi HERO lah konon. Baru isteri beliau yang sarat mengandung datang dengan ahli keluarga, hati sudah cair. Dalam hati ada taman beb! Mana tahan duduk dalam penjara sorang-sorang. Hendak harapkan kawan-kawan buat gempar dengan himpunan solidariti di hadapan penjara, yang datang tidak sampai 100 orang. Mana boleh tahan macam ni. Lain kali gunalah kepala otak bukan kepala lutut. Hang kata hang hero, piiiirah!!!
Kredit to : CTS
No comments:
Post a Comment