Friday 12 April 2013

WWW 1 : NIZAR GAGAL SAMAN FITNAH TV3..!!!


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berhubung isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor.

Ini berikutan keputusan Hakim Datin Yeoh Wee Siam menolak saman terhadap TV3 dan Produser Buletin Utama, Rohani Ngah dengan alasan pihak defendan berjaya membuktikan pembelaannya berdasarkan ulasan saksama terhadap perkara yang menyentuh kepentingan awam.

Sebelum ni beliau mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui twitter yang mempolitikkan pembelian no plat WWW1 bernilai RM520ribu.



Kenyataan liar beliau telah menimbulkan pelbagai spekulasi buruk terhadap institusi istana Johor sehingga ada yang menuduh duit rakyat digunakan dalam pembelian tersebut. 



Liputan meluas di media sosial, akhbar dan telivisien tetang kebiadapan Nizar ini membuatkan beliau panas punggung dan bertindak menyaman TV3.  

Rujuk artikel yang pernah dipaparkan sebelum ini....DI SINI..... DI SINI

No comments: