Sunday, 7 April 2013

VIDEO ROBIN THICKE BANYAK AKSI WANITA BOGEL DIHARAMKAN YOUTUBE..!!!

Robin Thicke

Penyanyi bermata biru R & B dan pembuat video hit ‘Sex Therapy’, Robin Thicke telah diharamkan di YouTube selepas bos di laman web itu menyifatkan video single terbarunya ‘ Blurred Lines ’ menunjukkan adegan yang menonjol untuk ditonton kepada audien umum.


Robin, anak kepada bintang TV, Alan Thicke yang hit pada era 80-an menerusi sitkom bertemakan keluarga ‘Growing Pains ’, membuat dua versi video, versi telah ditapis dan versi tidak ditapis yang dikhaskan untuk tontonan orang dewasa sahaja, dengan kemunculan bintang hip hop, TI dan Pharrell Williams. Dalam video itu, beberapa model yang bertelanjang turut ditampilkan untuk menari di hadapan kamera.
YouTube dengan cepat mengeluarkan klip hangat itu dari laman webnya dan berkata bahawa video itu melanggar garis panduan penapisan mereka. Dalam tindak balas di Twitter, Robin berkata, “YouTube mengeluarkan versi BLURREDLINES yang tidak ditapis kerana ia terlalu panas!”

Ini mendorong Pharrell untuk mempersoalkan, “Mengapa mereka cuba mengharamkan video yang baik ini” Robin kemudian mengarahkan peminatnya ke satu lagi laman web muzik, Vevo.com, untuk melihat video yang diharamkan itu.

Robin ,panyanyi yang tidak asing lagi kepada video muzik seksi, berkata, dia telah maju ke hadapan dengan ” isi kandungan dewasa” dan telah menambah model telanjang hanya selepas mendapat lampu hijau daripada isterinya, pelakon Paula Patton (Mission Impossible: Ghost Protocol).

“Apabila pertama kali saya mendapat kedua-dua video, saya suka akan kedua-duanya, tetapi saya fikir video pertama lebih baik dan mungkin kita hanya akan menayangkan video yang pertama sahaja. Kemudian saya mula tunjukkan kepada rakan-rakan saya dan rakan wanita saya, dan semua orang fikir ia adalah hebat. ia adalah hiburan … tapi sayangnya [Paula] tidak suka, jadi saya tidak menayangkannya. “

No comments: