Sunday 7 April 2013

TIAN CHUA DILARANG JEJAKKAN KAKI DI SABAH...???

alt

KUALA LUMPUR 7 April - Ketibaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dihalang pihak berkuasa dan beliau diarahkan pulang dengan menaiki pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan dari Ibu Pejabat PKR, perintah untuk menghalang Tian Chua dari memasuki Sabah dikeluarkan kerajaan negeri Sabah.

Beliau dijadualkan untuk ke Sabah bagi menghadiri ceramah di Tuaran pada jam 3 dan Penampang pada jam 7 hari ini.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu pernah dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu merupakan konspirasi UMNO.

Ekoran kenyataan tersebut, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 14 mac lalu.

No comments: