Tuesday 30 April 2013

TIBA-TIBA NIK AZIZ SAKIT DADA BILA DISOAL MENGENAI TANAH MILIKNYA.....


Nik Aziz 'tak larat' beri penjelasan tentang isu pemilikan tanah bernilai RM10 juta.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau tidak larat untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan beliau dan isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak mempunyai tanah dikatakan bernilai lebih RM10 juta di Tunjong dan sekitar Kota Bharu.

Beliau yang ditemui di rumahnya memaklumkan tidak dapat bercakap kepada pemberita yang hadir kerana mengalami masalah sakit dada.

"Saya sakit dada, demam," katanya ringkas sambil meletakkan tangan di dadanya ketika diajukan soalan mengenai dakwaan tersebut oleh beberapa pemberita yang hadir.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz kemudiannya sempat menyatakan kepada wartawan bahawa malam ini beliau perlu menghadiri beberapa ceramah dan kerana itu beliau perlu mendapatkan rehat yang cukup.

Terdahulu, sebaik selesai menunaikan solat asar di Masjid Pulau Melaka yang terletak bersebelahan rumahnya, beliau kemudiannya meluangkan masa hampir sejam untuk tidur di dalam madrasah itu.

Pemilikan tanah oleh Nik Abdul Aziz dan isterinya itu didedahkan oleh calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa beliau amat terkejut dengan perkembangan tersebut kerana Mursyidul Am Pas itu sering digambarkan sebagai seorang yang zuhud.

Selain itu, Ibrahim menegaskan beliau bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kepentingan di atas kedudukan Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan.

Menurut Ibrahim, beliau telah menerima satu sampul mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Nik Abdul Aziz dan isterinya, di dalam peti surat rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu beberapa minggu lalu.

Jelas Ibrahim, beliau telah menjalankan siasatan bagi mengetahui kesahihan dakwaan tersebut dengan membuat cabutan dan carian rasmi di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, dan hasilnya amat mengejutkan, apabila kesemua senarai tanah dan salinan geran yang dinyatakan dalam sampul surat berkenaan adalah benar.


Pendedahan isu tanah sebelumnya.... di sini   dan   di sini

No comments: