Berikutan kenyataan di atas, boleh dikatakan semua kepimpinan puak-puak PAS di seluruh pelosok tanahair mula 'menyampah' dengan beliau. Oleh sebab itulah (mungkin) maka keluarlah kenyataan seperti berikut bagi membuktikan bahawa sesiapa sahaja yang 'menderhaka' kepada TOK GURU ULAMAK AGONG NIK AZIZ akan ditimpa bala serta merta.... dan memang tidak disangkal ianya mendapat 'sorakan dan tepukan paling gemuruh' dari puak-puak PAS....!!
Mari kita ikuti petikan berikut :
Saya terpanggil untuk menulis entry ini bagi memperbetulkan berita PALSU / FITNAH yang hangat tersebar di internet lewat semalam. 5 komen masuk dan 4 sms saya terima bertanyakan kesahihan berita diatas.
Sebentar tadi jam 7:50 pagi saya baru hubungi dan bercakap dengan Tuan Haji Abdullah Saamah sendiri. Beliau SIHAT WALAFIATdan TIDAK seperti yang dilapurkan. Ketika ini beliau berada di Alor Star Kedah dalam siri berceramah beliau.
Apakah tujuan sebaran berita fitnah diatas ? Tidak lain tidak bukan untuk berikan gambaran seolah apa yang disampaikan selama ini oleh Tuan Haji Abdullah Saamah terhadap Nik Aziz dan Pas adalah palsu dan seolah Allah telah membalas perbuatan itu dengan menjatuhkan bala - strok dan mulutnya menjadi kaku tidak boleh bercakap.
Allah Maha Berkuasa dan Allah punya perancanganNya sendiri. Sekira pun benar berita ini, apakah layak untuk kita kaitkan dengan politik ? Apa cerita adik Nik Aziz yang menjadi imam Doa BN KO ? Dengar sakit juga tapi ada sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan politik seolah Allah telah turunkan bala ?
Hentikanlah cara FITNAH yang amat tidak beretika ini.
Sekali lagi saya ingin beritahu - Tuan Guru Abdullah Saamah dari Pondok Geting SIHAT WALAFIAT ketika ini. Saya baru berbual dengannya melalui talipon dan beliau kini berada di Alor Star Kedah.
PETIKAN SELANJUTNYA..... DI SINI
1 comment:
Nape lah gitu puak PR ni.....fitnah!
Post a Comment