Friday 5 April 2013

ANWAR TIDAK PERLUKAN KHIDMAT WAN AZIZAH LAGI... MALANGNYA SEORANG PRESIDEN......!!!!


Lihat apa yang Azmin kata,
Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkanDatin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

Sinar Harian Online

Lihat pula apa yang anak mama dan papa kata,

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikanibunya, Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Kata beliau, keputusan rasmi hanya akan diketahui pada hari penamaan calon nanti.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

Antara Pos

Azmin selaku timbalan presiden pancung Wan Azizah begitu ja supaya Jijah tak bertanding. 


Lihat pula apa kata Anwar....
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum isterinya, Presiden PKR, Wan Azizah tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13. 
“Beliau akan kekal sebagai Presiden PKR tetapi tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini,” kata Anwar dalam wawancaranya dengan Al-Jazeera semalam. 

***Sebagai anak... Nurul Izzah cuba pertahankan ibunya.... tetapi Anwar telah menggunakan sepenuhnya kuasanya sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama dia lebih memilih Azmin berbanding isterinya yang SANGAT DICINTAI itu..... 

No comments: