Sunday 24 March 2013

POLIS SAHKAN, MENTERI PERTAHANAN SULU DITAHAN


Sesungguhnya pasukan keselamatan negara kita merupakan antara Pasukan keselamatan yang terbaik di dunia.... Baca.. di sini. Namun begitu pakatan haram dengan berketuakan Anwar keparat telah berusaha 110% untuk memburukkan dan menghina polis seteruk-teruknya. Kita amat maklum bahawa tiada perkara yang 100% sempurna kecuali Allah s.w.t. oleh itu kita bersyukur dan berterima kasih kerana mempunyai anggota keselamatan yang cekap.

Sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.
Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma. Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.
Kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan. Operasi Daulat itu masih diteruskan.
Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat.

No comments: