Sunday, 24 March 2013

OPS DAULAT : 4 LAGI PENGGANAS SULU TUMPAS, 1 ANGGOTA KESELAMATAN TERCEDERA....



Ini berita yang baru diterima... (petang tadi)...

Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera  mengalami kecederaan.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.


Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Berita kejayaan pasukan keselamatan Malaysia itu, menyusul selepas desakan mula dibuat agar Kerajaan mewujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pembabitan Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua dan Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan telah menghantar sejumlah wang tunai dalam pertemuan dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III pada Julai 2012.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. 

Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

sumber


No comments: