Friday 29 March 2013

MENGETUAI AJARAN SESAT DI MEKAH, ISTERI ABUYA DITANGKAP...!!!


KUALA LUMPUR 28 Mac - Seorang wanita warga Malaysia berusia 52 tahun yang dipercayai isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad ditangkap di Kota Mekah, semalam kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.

Dia ditangkap bersama 95 lagi pengikutnya terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegahan Jenayah semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di situ.

Media tempatan negara itu, SABQ melaporkan, kumpulan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Laporan itu turut mendedahkan, wanita itu memperoleh pendapatan kira-kira RM850,000 sebulan hasil daripada menjalankan aktiviti keagamaan sesat tersebut  -  UM 29/3/13

No comments: