Friday, 29 March 2013

ANWAR KORBANKAN NURUL NUHA UNTUK BUKTIKAN KRONISME DI DALAM PKR...!!!


KUALA LUMPUR  - Pakatan pembangkang disifatkan cuba mewujudkan sistem pemerintahan kronisme jika meletakkan seorang lagi anak perempuan Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika benar Nurul Nuha bakal bertanding di kerusi yang kini disandang bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini bermakna pakatan pembangkang mempertaruhkan calon-calon dalam kalangan anak-beranak pada pilihan raya kali ini.


Selain Nurul Nuha, ibunya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kakaknya, Nurul Izzah dan bapanya akan turut bertanding pada PRU-13 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipengerusikan oleh ibunya sendiri.

Menurut Zainal Abidin, amalan anak-beranak yang bertanding serentak dalam satu pilihan raya umum itu secara tidak langsung telah menafikan pemimpin-pemimpin tempatan yang lebih layak untuk diketengahkan.

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Lantas Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut. Selain daripada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, anak perempuan sulung  mereka, Nurul Izzah turut diberitakan akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai. Lengkaplah denasti Keluarga Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Sebagaimana yang semua orang tahu Wan Azizah  hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata. Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang. 

Sebelum ini pihak pembangkang begitu lantang mengutuk amalan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan kenyataannya mereka sendiri mengamalkan amalan tersebut dengan kental.

Ini dibuktikan apabila selain PKR menerusi keluarga Anwar, DAP juga dijangka mengekalkan calon anak-beranak iaitu Lim Kit Siang (bapa), Lim Guan Eng (anak) dan Betty Chew (menantu) serta keluarga Karpal Singh serta anak-anaknya.


Hal ini tidak sama dengan UMNO apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mula bertanding dalam pilihan raya umum selepas kematian bapanya. Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Mereka hanya meneruskan legasi bakat dan kepimpinan politik ahli keluarga...

No comments: