Wednesday, 13 March 2013

ESMAIL KIRAM II UGUT SERANG MALAYSIA..!!!



Esmail Kiram II berang dengan kegagalan abangnya, Jamalul Kiram II yang mula menyesal dengan tindakannya.

Esmail Kiram II kini bangkit dan cuba mengambil peranan untuk menggantikan Jamalul Kiram dengan mengugut kerajaan Malaysia berhubung operasi ketenteraan di Sabah.

Esmail mempertikaikan operasi tentera kita yang menentang pengikutnya di Sabah? Biar betul Esmail. Bermimpikah penulis dengan kenyataan Esmail itu?

Sepatutnya Esmail harus mempertikaikan dulu tindakan abangnya yang buta sebelah mata tu, kenapa harus menceroboh Sabah dengan bersenjata. Kalau rasa tak cukup bayaran tahunan USD 5300 kepada keturunan Sulu...bawa bincang. Bukan dengan cara membunuh dan berperang. 

Esmail juga harus mempertikaikan tindakan tenteranya yang mengibarkan bendera putih tapi dalam masa yang sama melepaskan tembakan kepada polis Malaysia hingga menyebabkan kematian. 


Esmail juga harus mempertikaikan mengapa tenteranya sanggup menggunakan orang awam sebagai benteng pertahanan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Esmail dan pengganas Sulu. Jangan mudah sangat menuding kerajaan Malaysia tak berhati perut. Satu jaring anda menuding kerajaan Malaysia, sembilan lagi jari akan menuding anda semula.

Keturunan Kiram kini sedang menggelupur mencari talian hayat. Dahulu semasa ingin menceroboh Sabah, tidak terfikir pun hendak menggunakan saluran diplomasi iaitu melalui kerajaan Filipina. Kini apabila pengikutnya bakal dibenam dan akan menyaksikan tiada lagi generasi Kiram, maka mereka menggunakan saluran kerajaan Filipina untuk berbincang dengan Malaysia.

Siapakah mereka yang hendakkan penjelasan Malaysia? 

Siapakah mereka yang begitu zalim membunuh saudara mara kita? 

Siapakah mereka yang menuding jari menuduh kita bersalah?



2 comments:

Anonymous said...

Mereka tidak layak mendapat penjelasan dari PM

Anonymous said...

Dia hanya layak menerima penjelasan Pengkhianat Negara Anuar Ibrahim dari keturunan Lakhnat.