TUN Musa Hitam pastinya
satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku
Jingga dan sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam
berikutan kenyataannya di dalam program
'Bicara Minda -Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung baru-baru
ini.
Setelah diselidik teks asal,
ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara
langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’ dan Pakatan Rakyat
juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan
sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.
Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.
Sebenarnya, bukan baru kali
ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal
penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’
oleh kaum Cina dan tuduhan ini kerana
beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan
dalam semua bidang.
Keprihatinan dan kasih
sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman
terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum
Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti
membenci bangsa lain.
Namun, setelah beberapa
tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang
sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau
bersifat rasis dan membenci kaum lain.
Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi
yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha
membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.
Harapan beliau, kaum Melayu
akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau
dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum
hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana
tersebut.
Namun, itu dulu tapi hari
ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa
semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu dan Semuanya kerana
wujud kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum
Cina dari arus pendidikan kebangsaan.
Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh
dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan
kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman malah Media-media
berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi
gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang
dinyalakan oleh DAP.
Maka, lahirlah
manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap
kaum Melayu. Mereka biadap, angkuh dan
langsung tidak menghormati kaum Melayu.
Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan
apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.
Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat
sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi
tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai
hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.
Sikap biadap dan angkuh ini
tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan,
memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula
dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara
ini. Justeru, tidak hairanlah mereka
sering ‘dihalau’ keluar dari negara ini dan digelar pendatang.
Negarawan yang sukar dicari ganti.. |
Tun Mahathir sebagai bekas
pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas
merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh
kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang.
Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak
memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini dan di masa yang sama juga berkali-kali
menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.
Jika menegur kaum Cina
dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan
keduanya sama saja? Sebenarnya, Tun
Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa
apapun mereka. Jika sikap mereka tidak
membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan
dibuang. Jika perlu, teguran harus
dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.
Sikap terus terang Tun
Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu. Dan sebab
itulah beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur,
enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak
suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana
orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap
kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang
itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.
Dan inilah yang berlaku
antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi ‘bekas’
rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya
berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat
pemimpin dunia.
Sifat dengki, iri hati dan
pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana
mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan dan kerana itu,
walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap
arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa
berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan
keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.
Kita pasti Tun Musa lebih
tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu
beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa
tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara
spesifik kepada sebarang cadangan di
dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang
termasuk minyak, dan lain-lain.
Jika puak PR berfikir lebih
sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga
secara spesifik dalam membincangkan subjek ‘tidak akan dengan sengaja
membankrapkan negara’, menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan
di dalam buku tersebut.
Hakikatnya, permainan
kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk
menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan
dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.
Dendamnya pada Tun Mahathir
adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut
sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi
parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun
Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika
itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk
menjatuhkan Ketuanya. Malangnya Ku Li
juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.
Namun, kesemua perancangan
mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan. Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan
kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya,
tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di
dalam kerajaan atau parti dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.
Terdapat juga khabar angin
yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan
cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain dan perlu diulang bahawa
Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya
pada Tun Mahathir.
Oleh itu, jika dulu beliau sanggup
bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar
ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada
masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk
jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi
seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk
melampiaskan dendam.
Justeru, tidak perlulah
pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa
terhadap PR. Ingatlah bahawa beliau
tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga
kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.
Pendek kata, Tun Musa cuba
memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong
sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal
membangkrapkan negara.
Namun, walaupun PR tidak
mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang
negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu
merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun
1997/98. Tidak mustahil sumber negara
akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.
Apatah lagi dengan sikap DAP
yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS
pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung
mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan
sederhana.
1 comment:
Musa dari dulu lagi "kononnya" pandai berpolitik ...Musa ...Boleh !!! Boleh Blah !!!!
Post a Comment