Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul.
Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu.
“Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang.
“Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami,” kata Dazrin pada sidang media di sini.
Hairul pula berkata, dia tidak sabar mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk membawa ibu bapanya ke tanah suci Mekah.
Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir.
Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu.
Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan.
Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As’ari. - mStar Online
No comments:
Post a Comment