Tuesday 26 February 2013

ZAIRIL AKAN SINGKIRKAN KHALID UNTUK JADI MB SELANGOR...???


AIDCNews – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru jika pakatan pembangkang masih lagi berjaya mengekalkan penguasaan mereka di negeri itu.
Pencalonan Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disokong ketuanya itu sendiri, lapor dapinsider.com mendakwa memperolehi maklumat itu melalui perbincangan dalaman parti itu.

Guan Eng percaya pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), DAP akan mengekalkan kemenangan semua kerusi DUN Selangor yang pernah dimenangi pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) yang berjumlah 13 kerusi dan bakal ditambah dengan 3 kerusi DUN baru; N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek dan N46 Pelabuhan Klang, sekali gus meningkatkan jumlah kerusi DAP kepada 16 kerusi.
Laman itu menyebut, sumber risikan DAP menyebut PKR akan mengalami kemerosotan sokongan daripada 14 kerusi yang dimenangi sekarang kepada 9 kerusi sahaja, kerana 5 kerusi yang disandangnya telah tewas.
Begitu juga dengan Pas, risikan DAP dilaporkan portal itu melaporkan Pas akan kehilangan 3 kerusi daripada 8 kerusi yang disandangnya menjadikan jumlah kerusi parti itu berkurangan kepada 5 kerusi sahaja.
Walaupun PKR dan Pas mengalami kemerosotan sokongan, namun Pakatan Pembangkang masih lagi berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor dengan kedudukan bilangan kerusi DAP-16, PKR-9 dan PAS-5.


Dalam keadaan ini, maka Zairil Khir Johari, yang dahulunya dikenali Christopher Ross Lim paling layak menjadi MB baru.
“Lim Guan Eng telah mendapat pengajaran daripada Perak apabila DAP terpaksa menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS walaupun DAP telah memenangi lebih banyak kerusi DUN berbanding dengan PAS, disebabkan keperluan MB adalah seorang Melayu.
“Tetapi kali ini, mereka bersedia untuk kemungkinan itu – Guan Eng akan membariskan calon DAP Melayu di Selangor dengan niat untuk melantik beliau sebagai MB apabila DAP menang kerusi yang paling banyak,”lapor dap insider.
Zairil dijangka bertanding di DUN Bukit Gasing.

No comments: