Tuesday, 26 February 2013

BEKAS KEKASIH USTAZAH MEE SEGERA ABBY ABADI DAH ADA KEKASIH BARU.....


Sejak si teman lelakinya, pelakon Zul Ariffin berterus terang sekitar Disember tahun lalu, mengenai hubungan cinta mereka, pihak media cuba mendapatkan kenyataan daripada si wanita pula. Namun Gayatri Su-Lin Pillai mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang komen apatahlagi mahu mengulas lanjut.



IMG_0649


Namun sejauh mana penerbit eksekutif syarikat penerbitan filem Tayangan Unggul (TU) Sdn Bhd mampu mengelak daripada ditanya soal hubungan cintanya dengan bekas kekasih Abby Abadi itu.
“Ya saya akui Zul Ariffin memang kekasih saya, tak ada apa yang perlu saya sorokkan lagi. Lagipun apa yang saya tahu hal ini peminat pun dah tahu. Walaupun saya dan Zul berada dalam industri yang sama tapi kami profesional apabila melibatkan soal kerja”, katanya.

IMG_0999

Meskipun sebelum ini Zul pernah didakwa sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan terhadap perhubungan yang terjalin sejak sembilan bulan lalu dengan Gayatri. Namun bagi wanita berusia lingkungan 30-an ini, perhubungan cinta yang terjalin diantara dia dan jejaka bertubuh sasa itu adalah adalah bersifat profesional.
“Saya tidak pernah campur aduk antara kerjaya dan perasaan peribadi. Sejak tahun 1996, semua orang tahu bagaimana cara kerja saya.”Tidak ada sebarang kompromi antara kerja dan peribadi kerana itu dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami. 
“Rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada TU kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat,” kata Gayatri.
Mengenai perbezaan usia, bagi Gayatri ia bukan satu penghalang kepada percintaan mereka.
“Saya tidak melihat perbezaan usia antara saya dengan Zul sebagai satu penghalang yang besar untuk kami bercinta. Kalau dah jodoh nak buat macam mana. Lagipun sekarang memang ramai pasangan yang lelakinya lebih muda dari pasanganya, Saya tidak melihat itu satu masalah yang besar. Usia bukan penghalang,” katanya yang beberapa tahun lebih berusia daripada Zul.
Sumber: Malaysian Digest

No comments: