Tuesday, 26 February 2013

PERGOLAKAN RUMAHTANGGA : AIDIL TIDAK SAYANGKAN RITA LAGI TETAPI RITA MASIH SAYANGKAN AIDIL.....


Rita Rudaini Sebak Depan Hakim, Persoal Kenapa Aidil Mahu Ceraikannya?

Pergolakan rumah yang tercetus sejak setahun lalu, antara pelakon Rita Rudaini dan bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sebentar tadi telah berlangsungnya prosiding permohonan perceraian mereka bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini Adil pernah membuat permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya namun permohonannya ditolak.

Aidil, 26, yang diwakili oleh peguam Nor Arif bertegas mahu bercerai malah menyatakan kesediaannya untuk melafaz cerai pada hari ini. Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata dia sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian.


Sebelum itu Hakim Hamizan Mohd Nor bertanya kepada Aidil adakah dia masih menyayangi isterinya, Aidil menjawab, “saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil

Bagaimanapun, Rita tidak bersetuju untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan perceraian.

Rita, 37, yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mdm Zain berkata, pihak anak guamnyanya memohon untuk berbincang semula dan ditubuhkan satu jawatankuasa pendamai.

Kemudian Hamizan bertanya pula kepada Rita adakah dia masih menyayangi suaminya, aktres itu menjawab :
“Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak.
Justeru pihak mahkamah telah memutuskan agar jawatankuasa pendamai ditubuhkan bagi memberi peluang kedua-dua pihak dapat berbincang dan sekiranya tiada penyelesaian, barulah lafaz cerai boleh dibuat. Proses jawatankuasa pendamai akan diadakan pada 8 Mac 2013 yang akan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. – MalaysianDigest

No comments: