Monday, 18 February 2013

TEAM DEMONSTRASI ANWAR SEBELUM PRU 13


Anwar rancang untuk adakan demonstrasi secara besar-besaran sebelum dan selepas pilihanraya ke 13. Tujuan Senator Australia, Nick Xenophon yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang adalah untuk bermesyuarat mengenai rancangan jahat tersebut bersama Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin DAP.

Menurut sumber Anwar dan Xenophon dijangka bermesyuarat pada 16 Feb 2013 bagi merancang demontrasi tersebut.


Bagimanapun Xenophon yang juga berketurunan yahudi telah ditahan terlebih dahulu oleh pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963 apabila perisikan memberitahu niat jahat Xenophon datang ke Malaysia.

Dengan penahanan itu Anwar terus naik berang lalu menuduh kerajaan Malaysia sengaja menahan sahabat baiknya yang juga keturunan Yahudi.

No comments: