Friday, 22 February 2013

SERAHKAN TANAH TERBIAR KEPADA FELCRA UNTUK DIMAJUKAN....



RAUB – Penduduk yang mempunyai tanah terbiar dan tidak berupaya mengusahakan kawasan tanah tersebut disaran memberi kebenaran kepada Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) mengusahakan tanah itu dengan tanaman sawit atau getah.


Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Dong Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata terdapat lebih 600 hingga hampir 1,000 hektar tanah terbiar di daerah Raub yang tidak diusahakan pemiliknya mengakibatkan tanah tersebut terbiar dan ditumbuhi pokok liar.

Katanya tanah berkenaan diabaikan lebih 20 hingga 30 tahun selepas pemiliknya tidak lagi berupaya memajukannya selain tenaga muda yang berhijrah dan bekerja di bandar.

“Saya cadangkan tanah terbiar itu diserahkan kepada Felcra untuk dimajukan kerana agensi tersebut mampu dan berpengalaman dalam membangunkan tanah terbiar di negeri ini.

“Banyak tanah terbiar di daerah Lipis, Temerloh, Jerantut, Maran dan Rompin dimajukan Felcra dengan tanaman sawit atau getah telah memberikan pulangan pendapatan yang lumayan kepada pemilik tanah terbabit,” katanya.

Beliau berucap ketika menyampaikan dividen bernilai RM3.2 juta kepada 1,469 peserta Felcra daerah Raub di sini hari ini.

Shahiruddin berkata jika tidak mahu menyerahkan tanah itu kepada Felcra ia boleh dimajukan secara usahasama dengan pihak yang berminat memajunya untuk pertanian atau sebagainya.

“Sebahagian besar tanah terbiar di daerah Raub contohnya berpotensi untuk ditanam dengan kelapa sawit dan getah sebab selain memberi pendapatan lumayan, keadaan tanahnya yang subur serta mempunyai sumber bekalan air yang cukup dan sesuai bagi tanaman jenis itu,” katanya. - BERNAMA

Pssssttt..... jangan bagitau puak2 PR.... mereka mesti halang punya. Padahal dalam FELCRA sebahagian besarnya adalah PEMBANGKANG TAK SEDAR DIRI...!!!

No comments: