Saturday, 2 February 2013

KETUA PEMUDA UMNO MENORA DICEKIK SAMSENG PAS....???

Hiasan

Nampaknya kesamsengan para penyokong Pakatan atau lebih tepat lagi dalam kes ini, penyokong PAS, semakin keterlaluan. Mereka mengambil tindakan di tangan sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara. Kehangatan, bahang dan keresahan pilihanraya umum nampaknya semakin ketara. Bahkan lebih tepat lagi, ketakutan dan kegementaran para penyokong Pakatan yang sangat bimbang mereka akan menerima kekalahan memalukan setelah seringkali mendabik dada kononnya mereka lebih hebat dari UMNO-BN, sudah boleh dilihat pada tindakan dan gelagat mereka sendiri.

Jam 2:30 pagi tadi, 10 orang ahli Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar dikatakan telah mencekik leher dan menumbuk bahagian tengkok Ketua Pemuda UMNO Cawangan Menora. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Menora itu dituduh baru sahaja membakar bendera PAS di kawasan R&R Sungai Perak.

Mangsa, Muhammad Rofizi bin Ramli yang juga merupakan seorang ahli RELA, telah dibelasah dengan teruk. Bagaimanapun, samseng-samseng PAS itu hanya berhenti membelasa Muhammad Rofizi apabila melihat mangsa sesak nafas.

Bimbang dan takut perbuatan mereka akan menyebabkan kematian, Muhammad Rofizi kemudiannya mereka gegaskan ke Hospital Kuala Kangsar. Rawatan intensif diberikan dan samseng-samseng PAS itu menunggu mangsa kerana bimbang, mangsa akan membuat laporan polis.

Lebih menarik lagi, samseng-samseng itu juga yang menghantar mangsa pulang selepas hospital membenarkannya keluar.

Bagaimanapun, sepanjang perjalanan menghantarnya pulang, samseng-samseng tersebut melakukan kerja-kerja mengugut dan menakut-nakutkan mangsa.

"Kami boleh tembak hang pun, kalau kami nak. Kalau kami nak bakar rumah Cikgu Zahid pun boleh."

Cikgu Zahid adalah Ketua UMNO Cawangan Kubang Pekan.

Bagi menghalalkan perbuatan mereka, mangsa dipaksa memegang bendera PAS yang dibakar dan gambarnya dirakamkan. Mangsa juga dipaksa membuat aksi seolah-olah sedang membakar bendera.

Hakikatnya, perbuatan membakar bendera di R&R Dataran Sungai Perak itu telah dilakukan oleh beberapa orang pemuda Kampung Menora yang sringkali lepak di situ. Tindakan yang dilakukan oleh samseng-samseng PAS itu sebenarnya lebih merupakan perangai samseng yang langsung tidak mengikut undang-undang.

Itulah nasib yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kuasa. Mereka akan bertindak seperti rejim Khmer Rouge yang telah membunuh jutaan rakyat Kampuchea pada tahun 1970-an dahulu. Perangai orang Pakatan Rakyat dengan Khmer Rouge Pol Pot pun sebenarnya tidak jauh berbeza!!!


Sumber : TFK

No comments: