Friday, 1 February 2013

ARTIS LELAKI AJAK ISTERI ORANG KE RANJANG....


Pada mulanya artis ini mahu mengajak seorang kenalan wanita yang juga berstatus isteri orang ini berniaga. Apa jenis perniagaan, tak pula SS tahu, tetapi perniagaan yang banyak orang nak buat sekarang adalah produk kecantikan dan kesihatan gara-gara ramai yang bergelar jutawan selepas mengusahakannya.

Oleh itu SS agak yakin yang mereka nak buat produk juga kerana bolehlah artis itu jadi duta untuk produknya sendiri. Tak kisahlah apa pun yang ingin mereka niagakan, tetapi kalau nak berniaga buatlah cara betul. Wanita itu isteri orang, hormatlah sikit. Tak salah jika nak menjadi rakan kongsi. 
Namun yang menjadi masalahnya, artis itu macam orang tak betul atau mungkin sengaja buat macam orang tak waras apabila dia selalu hantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan kata-kata yang tak manis kepada wanita itu. Malah berani ajak isteri orang itu tidur di hotel! Masya Allah apa nak jadi ni? 

Khabarnya rentetan daripada pelawaan yang sangat kurang ajar itu, suami wanita itu buat laporan polis. Siapa yang tahan jika ada orang yang memperkotak-katikkan isteri sendiri.

Jangan menggunakan status artis untuk mengaburi mata orang luar. SS tak nafikan ramai masyarakat di luar sana yang teruja apabila dapat berjumpa artis dan lagi rasa macam di awang-awangan apabila ada artis mempelawa untuk bekerjasama dalam bidang perniagaan. SS tak kata semua artis itu jahat tetapi ada yang suka ambil kesempatan di atas kepercayaan masyarakat terhadap mereka - ss @ myMetro

No comments: