Friday, 15 February 2013

ANWAR BERKOMPLOT DENGAN NUR MISUARI UNTUK GULINGKAN NAJIB....???

KNBALU

MO (15/2/2013 )  -  Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.
Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.
misuari
Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.
“Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim”-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)
Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.
“Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina” (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).
SEJATI
Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasihat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.
Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.
Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.
Seperti sebelum  ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.
Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari) -  Kinabalu boybah

3 comments:

Anonymous said...

Apa ni ... artikel orang kamu ngaku sebagai kamu punya bah?

tak malukah?

sungguh tak profesyenal

Anonymous said...

artikel ini berbaur fitnah...!!!

Anonymous said...

Takde fitnah2 de. Anwar mmg anjing yg nak jual negara ni. Tak percaya pegi ajak dia sumpah laknat kat Masjid skrg. Mampus tak mau.