Tuesday, 29 January 2013

TERKINI : APA KATA TUN M.....


1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan 
untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan 
di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah 
terhadap penentuan had laju.

2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka
pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan
kehilangan nyawa.
3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang
diperlukan.
Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor
di jalan-jalanraya.
4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat 
menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta 
di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.
5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah 
kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka 
diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi 
mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada 
siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.
6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan 
sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. 
Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.
7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan 
kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah 
dari 6000 setahun, mesti ditentang.
8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? K
enapakah pemerintah cuba rampas hak kami?
9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke 
peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu 
untuk ditentang.
10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu 
dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu
kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. 
Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. 
Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita 
akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

No comments: