Tuesday, 29 January 2013

GEMPAR !!! MALANG SEORANG SUAMI : JAMIN 2 ISTERI BERKHALWAT DENGAN SEORANG LELAKI .....



SEREMBAN, 29 Jan -  Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang 
mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya 
yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah 
hotel di Port Dickson, dekat sini. Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan 
penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) 
melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima 
maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. 

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30an itu ditahan selepas didapati 
bersekedudukan dengan lelaki berusia 30an di sebuah hotel terkemuka 
di kawasan pantai peranginan popular itu. 

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3.00 pagi Khamis lalu, anggota 
penguatkuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan 
menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian 
lengkap. 

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati 
seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel 
berkenaan. 

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan 
suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati 
kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya 
untuk bercuti dari ibu kota,” katanya, semalam. 

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat 
kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui 
kedua-duanya adalah isterinya yang sah. 

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami 
mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. 
Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan 
soal siasat dijalankan,” katanya. 

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan 
muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang 
dari ibu kota semata-mata untuk jamin isterinya yang curang. 

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah 
atas tuduhan berkhalwat,” katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah 
Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan itu.   
“Kes disiasat ikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 
1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau lakukan persetubuhan 
haram,” tambah beliau.

SUMBER   kata :

[Apa yang berlaku ini sungguh menggemparkan dan merupakan satu sejarah baru di 
Malaysia bahkan mungkin juga seantero dunia. Dalam sibuk-sibuk wanita di negara 
ini takut untuk bermadu, tiba-tiba ada pula kes khalwat yang melibatkan dua madu 
dengan seorang lelaki yang sama. Sesuatu yang tidak masuk dek akal kita sebenarnya. 
Namun inilah hakikatnya yang berlaku apabila tanda-tanda kiamat itu semakin hampir. 
Kejadian di Port Dickson ini mengingatkan kita kepada isu tangkapan khalwat yang 
melibatkan seorang artis terkenal dengan pemimpin besar satu ketika dulu. 
Anehnya, kedua-dua tertuduh terlepas dari hukuman dan tidak didakwa apabila 
ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan kuasanya untuk melepaskan pemimpin 
terbabit. Kini, orang yang melepaskan pemimpin itu diangkat semula selepas 
terlibat dengan rasuah. Inilah dia Malaysia tanahairku yang kononnya mengamalkan 
pemerintahan cara Islam, walhal segalanya auta semata-mata. Mana-mana pemimpin 
dan kroni mereka pastiakan terlepas dari undang-undang. Dalam masa yang sama 
rakyat biasa akan terus menjadi mangsa].

No comments: