Wednesday, 23 January 2013

TEBUSAN KES CULIK ALGERIA SELAMAT SAMPAI KE TANAHAIR....

Foto


Jurutera Binaan, Ravi Kappusamy, 48, diiringi oleh 2 anaknya selepas selamat tiba di Lapangan TerbangAntarabangsa Pulau Pinang, hari ini.


Foto

GEORGETOWN : Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang terselamat dalam insiden tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, Algeria, Rabu minggu lalu, gembira kerana dapat pulang ke tanah air dengan selamat. 

Jurutera binaan, Ravi Kappusamy, 48, berkata dia turut rasa gembira kerana dapat pulang ke pangkuan keluarganya. 

"Kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik ...saya tidak mahu beri komen apa-apa ...kamu semua (media) hanya perlu tunggu Wisma Putra," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, hari ini. 


Sejurus Ravi tiba, isterinya Doreen Michael Tajie, 45 dan dua anaknya, Vijayabalan, 19, dan Sharmilaah Deve, 18 memeluknya sebelum cuba menyembunyikan diri di sebalik jaket yang dipegangnya. 

Usaha media untuk menemubual Ravi gagal apabila dia yang dikelilingi ahli keluarganya termasuk dua lelaki yang dipercayai pengawalnya meluru ke arah kereta Nissan Sentra yang sedia menanti di luar perkarangan LTAPP. 

Dalam kejadian Rabu lalu, 60 anggota pemberontak bersenjata menawan OGPC Amenas di Gurun Sahara selama empat hari bagi membalas dendam terhadap tindakan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan Tentera Perancis untuk menyerang pemberontak Mali, sebelum menyerah diri, Ahad lalu. 

Warga Malaysia yang dilaporkan masih hilang dalam serangan itu dikenal pasti sebagai Chong Ngen Chung dan Tan Ping Wee, kedua-duanya juruteknik JGC Corporation Pte Ltd, syarikat petroleum terkemuka Jepun berpangkalan di Singapura. 
Tiga lagi rakan mereka, termasuk dua jurutera, Lau Seek Chiang, 38, dan Ravi Kuppusamy, 48, serta juruteknik, Patrick Purait Awang dibebaskan kumpulan pemberontak, Jumaat lalu. 

Mereka masih berada di Algiers sementara menunggu dibawa pulang ke tanah air sebelum hujung minggu ini - Berita Harian Online

No comments: