PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia.
Begitupun ketika anda menyangka satu daripada bintang ternama sukan dunia itu akan bersenang lenang di hotel mewah London dalam usaha mencipta satu lagi sejarah Olimpik, Bolt membuat persiapan akhirnya di pusat persidangan di kawasan pinggir bandar Birmingham.
Cabaran utamanya adalah menyesuaikan diri dengan cuaca.
Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."
Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."
Mereka mungkin tidak mampu membawa sinar mentari Caribbean ke West Midlands tetapi Pasukan Bolt sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk membuat atlet mereka bagaikan berada di rumah sendiri, biarpun ada di antaranya sukar dilaksanakan.
Ketua chef, Wayne Willis, yang menyajikan makanan buat pelari itu dan pasukannya berkata: "Kami menerima beberapa permintaan pelik daripada mereka."
"Satu daripadanya adalah mereka mahukan kepala kambing untuk digunakan dalam masakan kari.
"Bagaimanapun kami hanya mampu mendapatkan daging kambing dan mereka nampaknya berpuas hati."
Selain diet harian yang terdiri daripada makanan Jamaica kegemarannya, Bolt dikelilingi penata gaya hinggalah teman untuk bermain permainan video dengannya.
Empat juta orang akan menyaksikan acara final 100 meter tetapi di Birmingham, atlet itu begitu tenang biarpun menghadapi beban seluruh dunia yang diletakkan di bahunya. Pada usia 25 tahun, dia adalah pelari terpantas yang memegang rekod dunia 9.58s yang dicatat dalam Kejohanan Dunia di Berlin.
Dalam kehidupan setiap hari sebagai manusia luar biasa, yang menurut saintis melakukan lonjakan fisiologi ke masa depan dengan kaki yang panjang serta tubuh berotot dan ia bukan sesuatu yang normal.
Setiap hari, dia bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan latihan intensifnya yang diselangi hidangan ayam 'jerk' dan keladi rebus yang menurut bapanya memberinya 'kuasa keladi'.
Malangnya, tiada makanan segera untuk atlet yang meminati Manchester United itu yang hanya dibenarkan jurulatih selepas Olimpik.
Sewaktu di Birmingham, dia turut diiringi penata gayanya, seorang wanita Jamaica yang akan melakukan solekan untuk sesi fotografi, pegawai publisitinya Carole, jurulatih Glen Mills, pengurus Norman Peart, ejennya Ricky Simms dan temannya sejak kecil NJ selain pengawal peribadi yang kelihatan seperti seorang bapa saudara yang perengus dan terlalu melindunginya.
Biarpun dikelilingi begitu ramai kakitangan sokongan, lelaki yang digelar Lightning Bolt memilih untuk tinggal di kediaman sederhana di Brum.
Pasukan Jamaica tinggal di Hornton Grange, sebuah rumah agam era Raja Edward yang menjadi sebahagian daripada pusat persidangan Universiti Birmingham, berhampiran kampus Edgbaston.
Bolt yang berketinggian 195sm, agak tinggi bagi seorang pelari pecut diberikan bilik sendiri sebelum berpindah ke London untuk majlis pembukaan.
Susuk tubuh yang besar dan kaki yang panjang tidak sesuai dengan katil lamanya me�nyebabkannya sakit belakang jadi kakitangan sokongannya memesan tilam ortopedik untuk memulihkan belakangnya dan kecederaan hamstring yang mengganggu persiapannya ke Olimpik.
Di luar trek, Bolt dikenali kerana jenakanya serta bersikap santai.
Dia makan nuget ayam sebelum perlumbaan besar dan makanan Cina, dia melakukan tarian Jamaica di trek dan memecahkan rekod acara 100m di Beijing tanpa mengikat tali kasutnya.
Dia pernah berkata: "Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu mereka mengingatinya selama-lamanya. Saya mahu melakukan perkara terhebat di London."
Bolt raja pecut Olimpik 2012
|
No comments:
Post a Comment