Wednesday, 11 July 2012

KELUARGA KEJAM CEKIK DAN BUNUH WANITA HAMIL


Hiasan


LONDON : Empat ahli keluarga didapati bersalah membunuh wanita hamil berusia 21 tahun yang mereka tuduh dikuasai roh jahat.


Selepas perbicaraan selama 12 minggu di Mahkamah di Birmingham, suami Naila Mumtaz, Mohammed Tauseef Mumtaz, 25, ibu bapanya, Zia ul-Haq dan Salma Aslam, kedua-duanya berusia 51 tahun, serta adik iparnya, Hammad Hassan, 24, didapati bersalah membunuh mangsa. 


Mohammed Tauseef mencekik isterinya yang hamil enam bulan dan memberitahu polis isterinya itu cuba mencekik dirinya sendiri dan mungkin “dirasuk” roh jahat.

Mahkamah diberitahu, dia mendakwa kematian isterinya itu seperti “membunuh diri” dan dia juga pernah “dirasuk” di mahkamah koroner di bandar itu selepas kematian isterinya itu.



Keempat-empat defendan, menafikan membunuh Naila di rumahnya di Craythorne Avanue, Handsworth Wood, Birmingham pada 8 Julai, 2009.


Peguam dari kompleks Perkhidmatan Pendakwa Raya West Midlands, Wendy Bounds berkata, “Naila Mimtaz, seorang wanita muda yang baik hati dan cantik, tinggal bersama ibu bapanya di Pakistan, bersetuju berkahwin dalam majis yang dirancang keluarga dengan defendan Mohammed Tauseef Mumtaz.

“Dia tahu, Mohammed Tauseef orang kurang upaya, tetapi dia tidak mengendahkannya kerana hatinya baik dan percaya semua yang hidup itu mempunyai nilai yang sama.”

Katanya, “Tetapi, juri hari ini mendapati suami dan keluarganya itu tidak berkongsi nilai murninya.”

Wendy berkata, Naila yang hamil enam bulan, tinggal bersama keempat-empat defendan di Birmingham apabila pada 8 Julai 2009, keluarga itu membuat panggilan kecemasan 999 untuk perkhidmatan ambulans.

“Usaha paramedik dan hospital untuk menyelamatkan Naila gagal. Mangsa dan anak dalam kandungannya meninggal dunia,” - Daily Mail


No comments: