Friday 28 December 2012

VIDEO 3 DATUK HEBAT YANG RAMAI TIDAK TAHU....!!!

DATUK SERI IDRIS JALA :



Siapa sangka... Pengarah Urusan MAS yang dilantik menjadi Senator dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini rupanya hebat bermain 'lead guitar'.  Walaupun kehebatan beliau ketika meletakkan kembali MAS di landasannya setelah kerugian akibat menanggung beban hutang yang besar, tidak siapa boleh nafikan..... tetapi kehebatan beliau memetik gitar sambil mendendangkan lagu-lagu blues, sangat menyentuh perasaan... saksikan sendiri video berikut :




DATO SHAZALLY RAMLI....


FAKTA yang tidak dapat dinafikan mengenai Datuk Seri Shazalli Ramly adalah beliau sangat sinonim dengan NTV7 tetapi telah mencipta sejarah apabila berjaya menerajui Celcom AXIATA Berhad (Celcom) hingga mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingna minoriti (PATAMI) sebanyak RM1.68 billion dalam tempoh hanya 9 bulan pertama tahun ini, meningkat sebanyak 15% berbanding hanya RM1.47 billion dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ternyata angka yang dilonjakkan itu, sebenarnya tidak dapat menyembunyikan bakat hebat yang beliau miliki....bermain dram lagu berentak rock! 
Jom kita lihat video berikut :






DATO SERI WAHID OMAR.....


Mantan CEO TELEKOM ini semakin bersinar bintangnya apabila menyertai Maybank pada 1 May 2008 dan telah melonjakkan keuntungan sebelum cukai Kumpulan Maybank, kepada 15.6% iaitu RM5.95 billion bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini berakhir September lalu.
Yang lebih membanggakan mengenai beliau di samping ketokohannya yang ternyata sangat hebat dalam menerajui kumpulan bank tersebut adalah, bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu popular hari ini, tidak terkecuali lagu kegilaan muda-mudi yang menjadi siulan remaja dari kumpulan Bunkface!
Jom saksikan video berikut - betapa sempoinya beliau ketika hadir di majlis makan malam bank tersebut, selamber naik ke atas pentas.. dan beraksi....



Lebih lanjut.... terus KLIK DI SINI

No comments: